i. Kenapa UMNO tidak pernah dipertanggungjawabkan tentang ratusan ribu tanah2 rizab Melayu yang tergadai tanpa ditebus.Kecuali diKelantan dan Terengganu UMNO adalah broker utama aktiviti penghapusan tanah2 rizab Melayu.Apa tindakan Raja2 Melayu yang boleh dikatakan berkesan ?
ii. Apabila peruntukan2 biasiswa anak Melayu semakin dipupuskan.Apa tindakan proaktif baginda Raja2 Melayu ?
iii. Apabila UMNO memperjudikan usaha2 memartabatkan Bahasa Melayu seperti dasar PPSMI tempoh hari , Apa usaha-usaha pembelaan Raja2 Melayu??Takkan hanya rakyat marhaen dan sasterawan yang berjuang berhadapan dengan polis yang diperalat oleh UMNO.
iv. Apabila Baginda Sultan Ismail Petra yang memerintah Kelantan dihina oleh UMNO & cuba dilucutkan takhtanya , apakah Raja2 Melayu ketika itu membela saudara seagama Sultan Kelantan.Bahkan apabila Al-Marhum Tuanku Jaafar Negeri Sembilan dihina ketika krisis UMNO VS Raja2 Melayu, tak dengar pun baginda dipertahankan.
v. Yang paling ironis , apabila rampasan kuasa UMNO/BN di Perak 5/2/09 melalui penculikan , ugutan , sex dan rasuah.Bahkan pemberian rasuah oleh UMNO untuk membeli Jamaluddin/Osman/Hee.Apabila badut2 tersebut dibawa mengadap DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda , kenapa Raja Melayu tersebut tidak menggunakan 'investigative mind'.
vi. Logik apa bagi 2 Exco kerajaan negeri dihilangkan selama seminggu dan tiba-tiba muncul di bawah pengaruh Dato' Najib dan diraikan bersama 'kemenangan' tersebut oleh Tengku Wong seorang jutawan cina yang licik.Dalam konteks tersebut nampak Dr.Mahathir lebih cerdik apabila beliau berkata :"dengan mengambil orang yang terlibat dengan rasuah untuk menyokong UMNO menubuhkan kerajaan haram di Perak akan lebih menyukarkan imej UMNO yang sudah sedia teruk".Bagaimana sebenarnya kesungguhan Raja-Raja Melayu membanteras rasuah?Raja-Raja bukan sahaja mesti bersih tetapi juga kelihatan bersih.
vii.Di doakan kepada Allah supaya Raja-Raja Melayu diberikan taufiq dan hidayah untuk memimpin umat Islam kearah menjadi khaira umat.Sebagai ketua agama di negeri masing-masing,tanggungjawab baginda Raja-Raja sangat besar dan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di yaumul mahsyar.Amin ya rabbal 'alamin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan