sekadar renungan bersama..

Selasa, 4 Ogos 2009

Tumbang UMNO , hapuslah ISA !

1.Saya sekadar memaparkan dialog dan kata bicara rakyat marhaen khususnya orang-orang Melayu tentang himpunan demo anti ISA Sabtu lepas.Mengambil kira faktor-faktor seperti terhadnya akses orang Melayu kepada maklumat alternatif , peranan media pro UMNO/BN yang berat TIGA belah dan realiti bahawa PR sukar untuk menambah sokongan dikalangan pengundi-pengundi Melayu ( melihat keputusan PRK Bukit Gantang dan Manek Urai ).Pemimpin2 PR dan NGO-NGO Islam mesti berfikir dan menggali dalam kesan himpunan-himpunan jalanan seperti 1/8/09.Apakah jalan lain / alternatif yang boleh difikirkan.

2.Sepatah kata Nazri Aziz , Menteri dari Padang Rengas : "Selagi BN memerintah ISA akan dipertahankan ! Maknanya untuk hapuskan ISA , BN perlu ditumpaskan dalam PRU-13.Tapi kalau orang-orang Melayu keliru dan marah kepada PAS dan PKR peluang nak menang PRU-13 menjadi lebih sukar.Lebih sukar jugalah nak hapuskan ISA !

Renungkan maksud tertulis di dada T-Shirt ahli-ahli UMNO/BN Pro ISA
( menyorok di bawah nama pewaris ) - "Kekalkan ISA,pertahankan hak keistimewaan orang melayu ".UMNO belum berubah.kezaliman adalah halal demi perjuangan mereka yang tiada kaitan dengan iman.Jika UMNO belum berubah , harapan PR adalah cerah.


Menangi hati nurani pengundi khususnya orang Melayu ,
Insya'Allah ISA juga akan di semadikan !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan