Tahniah kepada Ustaz Salleh B. Man kerana terpilih menjadi ADUN Permatang Pasir.Insya'Allah akan menerajui JAIPP (Jabatan Agama Islam Pulau Pinang) seperti yang dimaklumkan oleh Anwar Ibrahim.
Beberapa muhasabah perlu di ambil perhatian supaya PAS dapat menambah beberapa kerusi lagi di DUN Pulau Pinang.
i)Jentera Pilihanraya dan kemahiran ilmu pilihanraya yang perlu di kemaskan secepat mungkin.Tenaga2 muda perlu didedahkan dengan memberi pendedahan kepada pemuda2 PAS tempatan.
ii)Kelab penyokong PAS 'wajib' ditambah kekuatan dan ditubuhkan di tempat2 yang masih ketinggalan.
iii)Jalinan kerja PAS dengan NGO-NGO Islam perlu dipertingkatkan.
iv)Perkukuhkan organisasi Pakatan Rakyat disemua peringkat DUN & Parlimen.
Kempen UMNO tentang isu syurga dan isu perpecahan Pakatan Rakyat tidak berkesan sangat.Namun apabila dilihat kemerosotan undi PAS adalah lebih banyak berbanding kemerosotan undi BN.Maknanya ditakdirkan UMNO mencalonkan orang lain yang lebih 'tidak bermasalah' mungkin laluan kemenangan PAS akan lebih sukar.
Jelas rakyat semakin benci dengan gelagat pimpinan BN , khususnya UMNO dan MCA.
Pemimpin2 kedua-dua parti BN tersebut terlibat dengan rasuah secara meluas.
UMNO yang mengkhianati orang Melayu tetapi Anwar Ibrahim pula yang dikatakan pengkhianat bangsa.
Tan Sri Muhyiddin nampak tak cerdik dan tak 'gentleman'.Bila UMNO kalah di Permatang Pasir , tuduh penyokong pembangkang menghalang laluan pengundi.
Apa gunanya polis yang beribu-ribu orang ramainya.Lagipun kalau pengundi terhalang bukan pengundi BN sahaja , pengundi PAS pun terhalang sama.
Dah jadi Timbalan Perdana Menteri biarlah cakap cerdik sikit.Rakyat Malaysia taklah sebodoh itu untuk telan bulat2 cakap2 yang hampas.UMNO belum mampu berubah.
Kesimpulan : PAS & ADUN yang menang mesti bekerja kuat dan bijak (Work hard and Smart) Amin.Syukur dengan kurnian illahi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan