Saya berpeluang berada di lokasi protes anti-ISA 1/8/2009 di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman. Semasa tembakan gas & pancutan air, saya masuk ke sebuah kedai dan melihat kehadiran begitu ramai polis & FRU di jalanraya. Sebahagian peserta protes dikejar dan ada yang diberkas.
Saya tertarik denagn dialog2 pelbagai segmen rakyat yang saya temui. Respon pelbagai tersebut keluar dari pelbagai latar belakang yang kebanyakannya orang Melayu.
1) Kata seorang pemandu teksi - Saya tak boleh terima, orang Cina dan India. Hapuskan saja mereka. 13 Mei mengajar saya.
(Komen - Sangat perkauman sentimen pak cik teksi tersebut).
2) Ini pula telah diucapkan oleh seorang lagi pemandu teksi (India) - Di Malaysia, ISA diperlukan untuk mengawal orang2 yang suka membuat kacau. Katanya lagi kebanyakan orang Malaysia ini bersifat umpama bagi betis nak peha pula, yakni tak pernah cukup denagn apa yang telah diberikan. Beliau yang mengaku sebagai penyokong PKR walaubagaimanapun meminta ISA yang ada dikaji semula supaya tidak dijadikan alat oleh mana2 pihak (UMNO/BN). Menurut beliau lagi, Najib/UMNO sebagai PM telah menyalahgunakan POWER & MONEY untuk terus berkuasa.
3) Seorang wanita muda yang merasa terganggu kerana himpunan tersebutmembuat komen berulang kali - " Mereka ni suka menyusahkan saje. Apa nak lagi? Malaysia dah aman, mereka nak jadikan Malaysia ini macam Pakistan atau Iraq ke?"
4) Seorang lelaki Melayu bersama isterinya yang datang ke kompleks SOGO dengan bermotosikal, beliau naik marah dengan kata2 "mereka ini pengacau aje yang susah rakyat. Jangan salahkan polis kerana mereka hanya menjalankan tugas. Yang pakai serban berdemo nak jadi Syiah ke? Pelajar2 universiti pun bodoh, kerajaan dah bantu, belajar sajalah. Nanti kena gantung mak bapak juga yang susah."
5) Seorang peniaga yang marah, kerana gerainya terganggu disebabkan oleh orang ramai yang berhimpun di sekitarnya, dengan penuh amarah berkata - " Berambuslah! Balik ke negeri China! Buat susah orang aje. Kami yang nak meniaga ni pulak yang susah."
6) Saya juga turut terdengar dialog antara 2 pasang suami isteri yang nampaknya agak terpelajar. Katanya - "Protes begini tak baik la. Kalau nak hantar memorandum pun boleh diuruskan secara teratur. Sekarang PR protes, nanti PRU ke-13 jika PR dapat bentuk kerajaan, UMNO/BN pula yang tunjuk perasaan. Dah macam ini sampai bila pun tak selesai! Akhirnya jadi macam Thailand, yang jadi mangsa rakyat juga.
7) Seorang anak muda yang sangat emosional berteriak mengajak orang ramai bertembung dengan FRU. Katanya - " Kalau berani jom kita lawan. Inilah masanya kalau nak mati syahid!" Berulang-kali beliau mencabar tetapi tiada seorang pun yang betul2 berani untuk menyahut seruan pemuda tersebut. Akhirnya ada peserta demo yang undur dan memberikan alasan -" Kata demo aman, mengapa pula nak lawan polis!"
Sekadar memaparkan respon spontan rakyat. Fikirkan bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan