Serupa sahaja hujjah Najib minggu lepas dengan hujjah dr Mahathir semalam..Orang Melayu yang sokong parti lain daripada UMNO/BN bermakna tak mengenang budi, pentingkan diri, tak peduli nasib bangsa Melayu dan sengaja memilih untuk menyerahkan negara ini kepada kaum lain.Kata mereka : jika UMNO tewas orang Melayu akan kembali mengemis di negara sendiri.Dalam masa yang sama beribu kali dah presiden MCA Chua Sooi Lek memberi peringatan kepada bangsanya betapa jika Pakatan Rakyat menang (sama makna dengan UMNO kalah) Malaysia nanti akan menuju ke perlaksanaan syariah Islam yang pasti merugikan negara.Chua Sooi Lek selalu sebut negara yang laksanakan undang-undang Islam adalah mundur,tidak aman dan korup. Kalu ikut propaganda UMNO dan MCA ni orang Melayu akan benci kepada bangsa China dan Orang China akan benci kepada agama Islam.Rakyat keliru kerana pemimpin (layakkah mereka digelar pemimpin?) yang hidup mereka hanya berusaha nak mengelirukan rakyat.Yang nak ditukar dalam pilihanraya umum bulan November 2012 ni (harap tepat analia saya) adalah ahli politik yang jahil agama,yang kurang beramal gaya hidup agama, yang rasuah, yang boros, yang menganaktirikan sebahagian rakyat, yang tipu sultan JOHOR KERANA BELI KENDERAAN TENTERA RM 540,000 LEBIH MAHAL DARIPADA HARGA PASARAN,yang makan duit lembu, yang rasa ok beratus-ratus orang rakyat mati ditembak polis tanpa bukti kukuh, yang suka tengok orang Melayu dah pandai baling kasut dalam masjid, yang suka dera rakyat dalam demonstrasi aman, yang tak rasa berdosa letup perempuan walaupun sedang hamil, yang isterinya pergi negara orang paksa tuan kedai buka jam 3 pagi kerana first lady nak shopping tanpa diganggu pelanggan lain, yang suka sangat selak kehormatan orang, yang sedang merancang agar pada tahun 2030 nanti komposisi rakyat Malaysia : Melayu 30%, China 18 %,bumiputera sabah serawak 10%, India 10 %, Bangla 8%, Myanmar 5%, Nepal 5%, Filipino 5%,Siam 5%, Kampuchea 5% dan.......%.Salahkah orang Melayu jika nak berpisah dengan politikus Melayu yang memiliki ciri-ciri jijik dan bobrok seperti itu. Dimana ruginya orang China jika selepas PRU 13 nanti yang hadir dalam mesyuarat mingguan kabinet adalah orang orang Melayu yang menjaga solat,yang isteri-isteri mereka menutup aurat dan hanya pakai beg tangan berharga RM 120.00, yang kalau sambut kesyukuran hari jadi buat dirumah dengan makan RM 10.00 sekepala dan yang menganggap rasuah itu lebih jijik daripada daging khinzir.Orang Melayu, orang China, orang India, orang Iban, orang Kadazan dan semua rakyat Malaysia tentu cerdik untuk melenyapkan politikus yang ragu-ragu dengan kebenaran dan keadilan Islam dan bertungkus lumus cuba mengelirukan rakyat.Nyahkan mereka, Malaysia insyaAllah akan lebih bahagia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan