sekadar renungan bersama..

Rabu, 5 September 2012

BUATLAH MINUMAN YANG MANIS DARI LIMAU YANG KECUT

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui " (maksud Al Baqarah 216) . Sesungguhnya pelbagai peristiwa kehidupan perlulah dilihat dalam perspektif perancangan dan penilaian Allah.Ramai orang yang menghadapi fasa mencabar dan mengecewakan dalam kehidupan harian.Jangan salahkan takdir namun rancanglah yang terbaik bagi memetik buah-buah kehidupan untuk fasa kehidupan seterusnya.Siapa tahu barangkali bencana itu membawa manafaat. Barangkali disebalik cubaan ada pemberian Illahi yang tersembunyi.Siapa tahu kemungkinan kesulitan yang dideritai itu merupakan satu pintu kearah kebahagiaan yang belum di ketahui.Berapa ramai jutawan besar dan karyawan agung yang menempa kejayaan setelah pernah jatuh dan tersungkur hina.Bangun dan yakinlah betapa Allah senantiasa mengasihi hambanya.Putus asa bukan sifat dan karektor orang beriman.Semalam saya memberikan kaunseling kepada pesakit saya yang terlalu sedih kerana diceraikan suami setelah bersama selama 22 tahun.Semalam saya juga menyantuni pesakit saya seorang wanita muda yang berkorban apa sahaja untuk suami yang duduk mendayus di rumah..menganggur,mencuri apa sahaja milik isteri dan mengugut isteri dengan pelbagai risiko yang menakutkan.Sesungguhnya kehidupan ini perit..tetapi carilah cahaya hidayah dihujung kegelapan itu.Bandingkan nilaian disisi Allah anak muda Palestin yang tertindas dan dizalimi Yahudi berbanding anak muda di Malaysia yang disajikan kealpaan dan kegilaan hidup dalam negara 'terbaik di dunia' (tafsiran UMNO).Di Palestin, juga Chechnya, juga Syria setiap hari lahir syuhada2 yang bakal menghuni syurga.Di negara sebegitu, mana ada masa bagi anak muda untuk lepak, menzina, mendadah dan mencipta kemunafikan..dari perspektif akhirat anak-anak muda disana sebenarnya lebih beruntung.Bukan kita meminta kegawatan Palestin supaya berlaku disini namun bangunkan anak muda kita daripada lena dan leka panjang mereka kerana pemimpin negara ini gagal membina generasi mudanya.Yang dinilai baik jika kuat ampu dan kuat mengapikan semangat perkauman.Kita memilik limau yang segar tetapi minuman yang dibikin penuh racun.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan