sekadar renungan bersama..

Rabu, 5 September 2012

Bantuan Pendidikan Pelajar IPT 2012


YDP kawasan Tambun sedang berucap merasmikan program bantuan IPT



Bergambar dengan sebahagian pelajar yang menerima sumbangan

IPOH-30 OGOS, Pas Kawasan Tambun meraikan seramai 36 orang pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian tinggi di IPT dalam dan luar negara. Setiap pelajar tersebut telah diberikan sumbangan atas kejayaan mereka. Sejumlah RM 9000 telah dibelanjakan untuk program tersebut. Yang Dipertua Pas Kawasan, Dr Khairuddin Abd Malik dalam ucapan perasmian telah mengucapkan tahniah dan memberikan motivasi agar pelajar-pelajar belajar dengan tekun dan berusaha menjadi warganegara yang berjaya dan kelak berbakti pada masyarakat. Turut menerima bantuan adalah 3 orang pelajar India dan seorang pelajar Tiong Hua. Tahun ini adalah tahun ke-7 program ini di adakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan