“
Marilah PAS bersama UMNO melaksanakan hudud dan membina negara Islam! Tinggalkan
Pakatan Rakyat.”
Sangat
mengujakan!
Demikianlah kempen berbisa UMNO dan juak-juaknya
sejak sebulan lepas.
Setiap kali
menjelang pilihanraya isu yang pasti dilontarkan oleh pakar – pakar saraf
UMNO/BN adalah disekitar perlaksanaan hukum hudud dan cita – cita PAS
menegakkan negara Islam. Ikut sudut manapun isu tersebut akan diputarbelit bagi
merugikan dan menjejaskan persepsi pengundi terhadap PAS. UMNO dan MCA bersaudara menyerang PAS dalam isu tersebut.Jangan
lupa ugutan Presiden MCA akan meninggalkan BN jika UMNO berani mencuba
memperjuangkan hudud.Bagaimana mungkin ada orang yang percaya UMNO ikhlas nak
bersama PAS walhal seluruh dunia tahu betapa sayangnya UMNO kepada MCA.
Mari kita menganalisa beberapa
kenyataan pemimpin UMNO dalam tempoh terdekat.
- Dr. Mahathir seperti dilaporkan dalam Sinar Harian 18/8/2012 di ms 4 , mengajak PAS menyertai UMNO demi melaksanakan hudud yang sebenar dan mewujudkan negara Islam yang lengkap. Tinggalkan Pakatan Rakyat kata beliau.
- Dr. Mashitah Ibrahim dalam pojoknya di Sinar Harian 17/8/2012 ms 20 menempelak PAS kononnya tunduk dan gagal mengawal DAP atas isu hudud dan pembentukan negara Islam. Dasar PAS mengenai negara berkebajikan adalah testimoni bagaimana PAS telah dipaksa mengenepikan pejuangan negara Islam demi menjaga hati DAP kata Dr. Mashitah.
- Ulasan pelbagai pihak, betapa tidak wajarnya PAS bertahalluf dengan DAP kerana jelas dan terang DAP memusuhi Islam lantaran penentangan Karpal Singh terhadap hudud.
Yang menjadi
masalah adalah dikalangan individu–individu tertentu samada Karpal Singh, beberapa kelompok kecil DAP dan segelintir
orang Melayu dan pemimpin-pemimpin NGO. Janganlah lemparkan kebijaksanaan yang
Allah kurniakan sekadar kerana termakan dengan gula–gula UMNO yang berbisa
racun. Takkan tak boleh kenal umpan beracun yang diulang–ulang buat sekelian
kalinya.
Bukankah pemimpin–pemimpin
PAS telah diperjelaskan seawal tahun
1999 lagi, kenapa PAS perlu mengambil
pendekatan strategik bertahalluf siyasi dengan DAP dan PKR.Ia berlaku hasil
daripada pertemuan bersejarah antara pemimpin–pemimpin PAS dengan tokoh–tokoh
gerakan Islam antarabangsa di London pada tahun 1998. Bahkan ada pertemuan
penting antara Almarhum Ustaz Fadzil Nor dengan Professor Dr. Yusuf Qaradawi juga
atas isu yang sama.
Pada masa itu
dan kini, dunia tahu, pemimpin PAS dan gerakan Islam pun semua tahu mengenai
pendirian DAP tentang konsep negara Islam yang menjadi teras perjuangan PAS.
DAP adalah parti sekular berideologi sosialis demokrat. Mantan Timbalan
Presiden PAS sendiri, berulan kali mempertegaskan pendekatan tahalluf itu:
bahawa parti–parti Barisan Alternatif (ketika itu) akan berkerjasama atas hal–hal
yang disepakati dan berlapang dada atas hal–hal yang berbeda pandangan – Nah!
Kenapa masalah ditimbulkan sekarang hanya kerana terperangkap dengan niat jahat
UMNO. Tokoh-tokoh gerakan Islam tersebut pada masa itu hingga kini juga kenal
UMNO dan sikap talam dua muka parti melayu itu terhadap Islam.
Sepatah kata
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan di Muar pada 17/8/2012 – “Teruk
sangatkah UMNO hinggakan PAS tak nak berkerjasama?” Jawapan saya mudah – memang
UMNO bukan sahaja teruk tetapi jahat dan kotor.
Tangan–tangan pemimpin UMNO bukan sekadar dibasahi najis tetapi darah –
darah syuhada!
Seluruh pemimpin
dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat jangan langsung ada perasaan simpati
terhadap UMNO pada saat dan suasana genting kini. Di ambang kejatuhan UMNO
sekarang pelbagai lakonan UMNO sepatutnya tidak mengganggu fokus kerja kita.
Tingkah laku UMNO kini tiada bedanya dengan gambaran yang diberi oleh Allah
dalam Al Quran iaitu analogi penumpang–penumpang kapal yang dilanda ribut
taufan di tengah lautan yang bergelora lantas memohon segala pergantungan
kepada Allah. Namun apabila terselamat daripada badai tersebut mereka kembali
menderhakai Allah. (rujuk Al Quran Surah Yunus ayat 21-23).
Setiap kali UMNO
berhadapan dengan suasana sukar maka setiap kali jualah mereka berlakun, merayu
rakyat bahawa mereka telah insaf dan akan bersungguh-sungguh membela
rakyat.Namun hakikatnya adakah mereka pernah insaf dan bertaubat.Pasca PRU 2008
pelbagai skandal terus melanda negara.Pemborosan berskala syaitan tak ada noktahnya.Islam
terus dipinggirkan dan fitnah berleluasa.
Janganlah sesiapapun
yang naif dengan kerakusan nafsu politik UMNO. Membina negara Islam bukanlah
mudah tetapi tidaklah juga terlalu sukar. Kita terimalah untuk melaksanakan hukum
hudud di Malaysia, samada PAS ataupun
UMNO akan berhadapan dengan cabaran yang pelbagai dan sukar, tetapi bukan mustahil.Namun ada
95% lagi urusan-urusan “negara Islam” yang UMNO boleh dilaksanakan tanpa perlu
mengeluarkan air mata – kerana ianya sangat mudah! Yang penting - bersikap jujur kepada diri sendiri, kepada
rakyat dan tentunya kepada Allah.
Pertama jangan
campurkan iman dengan syirik – pemimpin UMNO jangan ajar rakyat merayakan
sambutan syirik agama lain.Jangan asyik memperlekehkan syariah Islam seperti hudud
sebagai kolot ,tidak adil dan punca kemunduran umat Islam.Sekejap nak hudud
sekejap perlekeh hudud sebagai “hudud PAS”.
Kedua tegakkan keluhuran perlembagaan –
hormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan hak mengundi dalam pilihan
raya yang adil dan bersih. Hentikan agenda memberi hak kerakyatan dan hak
mengundi kepada pendatang asing secara borong.
Ketiga tegakkan kedaulatan undang–undang
dengan mendakwa pesalah VIP dan rakyat biasa tanpa pilih bulu. Hapuskan kuasa
gila peguam negara dan bebaskan peguam negara daripada cengkaman politik.
Kembalikan integriti hakim–hakim dan
tegakkan keadilan kepada sesiapa sahaja. Tangkap penjenayah sebenar yang
membunuh Altantunya dan tangkap pemakan rasuah Scorpene , NFC dan LRT. Lucutkan
jawatan pemimpin yang melanggar perjanjian royalti Petronas Kelantan dan
Terengganu.
Keempat jangan
bersaudara dengan syaitan. Elakkan pemborosan dan ketirisan RM 28 bilion
setahun. Perdana menteri dan isteri kena hidup sederhana macam rakyat. Tak
perlu ‘shopping’ beratus ribu ringgit dimerata
kota besar dunia dan tipu rakyat dengan istilah wassotiyah. Hentikan
membuncitkan kroni dengan projek – projek mega yang membazir.
Kelima jangan
abaikan perintah – perintah Islam yang teras. Tanpa PAS, tak bolehkah UMNO
pastikan urusan aurat isteri-isteri mereka selesai dan pemimpin-pemimpin UMNO tak
melabur dalam syarikat arak dan judi. Tanpa PAS pun UMNO boleh berhenti
daripada jadi agen pengedar filem lucah dan penyebar fitnah lucah. UMNO boleh ikut langkah PAS hapuskan judi dan
gubal undang-undang jenayah syariah di Perlis, Johor, Melaka, Pahang dan semua
negeri – negeri yang UMNO berkuasa.Kenapa tak laksanakan?
Kenapa UMNO tak tegakkan urusan – urusan asas Islam yang
dalam lingkungan kuasa dan daerah pengaruhnya? Tak perlulah UMNO salahkan PAS
kerana enggan bersatu dengan UMNO demi menutup aurat isteri pemimpin – pemimpin
mereka! Tak wajar UMNO salahkan DAP tolak hudud jika pemimpin UMNO terus minum
arak dan berjudi. Rakyat tak perlu di tipu dengan asyik menyalahkan Anwar Ibrahim
dalam semua isu negara walhal pemimpin – pemimpin UMNO masih seronok makan duit
rasuah dan membuat hubungan sulit dengan
Yahudi Israel.
Sangat aula’
ketika ini seluruh pendokong gerakan Islam memahami isu hudud dan permainan
UMNO.Jangan bertelagah dengan sesiapa kerana hudud.Itu yang UMNO suka.Dalam
urusan menegakkan daulah Islam dan termasuklah hudud, siapa yang tidak
mengetahui hasrat dan cita-cita Pas tersebut? .Sama seperti maklumnya satu
dunia tentang hasrat dan cita-cita Ikhwanul Muslimun di Mesir, Hamas di
Palestin dan hasrat Erdogan di Turki.Semua gerakan Islam tersebut bertembung
dengan ‘UMNO Mesir’,’UMNO Palestin’ dan ‘UMNO Turki’.Tetapi ketika revolusi
Mesir sedang berlaku, tidak ada kurangnya kualiti jihad Presiden Morsi apabila
meletakkan keutamaan menggantikan regim diktator Mesir dengan kerajaan
demokratik dengan bertahalluf dengan
golongan Kristian Koptik walaupun tidak menyatakan hudud sebagai agenda
bersama.Kenapa dalam konteks Mesir , tindakan Ikhwan disanjung tetapi di
Malaysia PAS dicurigai.Sejak bila Kristian Koptik Mesir sukakan hudud?
Bukankah Presiden PAS sudah memberi jaminan
bahawa objektif PAS untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di
Malaysia adalah dalam konteks perjalanan demokrasi yang sedia ada.Maknanya pada
ketika dakwah PAS dengan sokongan badan-badan Islam lain (mungkin juga dengan
sokongan dewan himpunan penyokong PAS) berjaya memecahkan tembok kejahilan dan
prejudis Melayu dan bukan Melayu, Muslim dan bukan Muslim terhadap syariah
Islam, siapa yang boleh menghalang niat suci PAS tersebut?Itulah demokrasi
bermoral dan berwawasan.
Kepada aktivis
Pakatan Rakyat,isu-isu besar yang wajib dipersembahkan kepada rakyat dalam PRU
13 nanti adalah “Referendum Agung” sebegini:
- Dibawah UMNO negara berhutang hampir 500 billion kerana kegagalan mentadbir dan rasuah tanpa hujung.
- Dibawah UMNO kebebasan rakyat untuk berhimpun, dan mengundi secara adil dan bebas untuk memilih pemimpin yang terbaik dinafikan dan rakyat didera dan dicederakan kerana menuntut hak mereka.Pemberian kerakyatan kepada pendatang asing berleluasa.
- Dibawah UMNO rakyat terus diporak perandakan dengan perpecahan kaum dan agama kerana dasar assobiyah Melayu dan exploitasi isu agama secara ekstrim.
- Dibawah UMNO hubungan federalisma negeri dan persekutuan terus dicabul dan hak negeri – negeri terus ditindas .Hak royalti minyak Kelantan dirampas dan negeri Sabah terus dimiskinkan.
- Dibawah UMNO kebajikan rakyat terabai dan kroni diutamakan. PR pula menawarkan pendidikan , kesihatan percuma dan penghapusan TOL dan PTPTN.
- Dibawah kuasa UMNO aktiviti-aktiviti dakwah Islam yang syumul terus dijerut dan peranan masjid dicekik sempit.Ustaz UMNO suka-suka hati keluarkan fatwa demi kepentingan politik sempit.
Persembahkan kepada pengundi mana satu
pilihan mereka.UMNO/BN yang menyalahguna kuasa atau Pakatan Rakyat yang
demokratik, mesra rakyat , mesra dakwah,berintegriti, telus dan amanah.
Ahli – ahli PAS
dan penyokong – penyokong PAS perlu menyisihkan ‘distraction’ yang merugikan.
UMNO cuba mengelirukan sebahagian kecil pencinta –pencinta Islam betapa UMNO –
PAS perlu bersatu untuk menegakkan Islam di Malaysia. DAP pula adalah anti Islam dan tuduhan lebih
dahsyat lagi DAP merancang nak tubuhkan Negara Kristian. UMNO juga ingin menipu
rakyat bahawa MCA adalah mesra Islam (zimmi) tetapi DAP adalah kafir Harbi,
lantas UMNO menjatuhkan fatwa haram sokong DAP dan kerana PAS bertahalluf
dengan DAP, maka sokong PAS juga haram.
Sekadar memberikan
jawapan politik kepada UMNO dan ustaz – ustaz yang seangkatan dengan Fatul Bari
(ulama UMNO tersohor kini) – kalau benar PAS ini jahat dan haram disokong
kenapa beria –ia sangat nak pujuk PAS masuk UMNO. Kalau MCA itu baik sangat –
buat sahajalah negara Islam dan laksanakan hudud dengan sokongan MCA! Kalau
boleh ,UMNO keluarkan fatwa bahawa sokong MCA wajib dan pertahankan maruah
presiden MCA Chua Soi Lek sebagai jihad akhbar..berpahala syahid.
Ahli – ahli pas
dan ahli –ahli NGO Islam perlu memahami keutamaan dan fokuskan kepada kerja
–kerja yang produktif. Jangan merasa rendah diri dengan konsep negara
berkebajikan yang menjadi jenama PAS kini. Jangan kecewa jika dakwah PAS kepada
rakan – rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat mengambil masa yang lama untuk
berhasil. Kita menuntut pahala dan keredhaan Allah. Biar apa Dr. Mahathir, Dr
Mashitah dan UMNO nak kata. Jangan ambil pusing kenyataan – kenyataan Karpal
Singh kerana didalam DAP ada ratusan ribu lagi insan sasaran dakwah kita.
Ingat pesanan
Dr. Yusuf Qaradawi supaya gerakan Islam memberikan keutamaan kepada memahamkan
rakyat tentang demokrasi dan nilai undi mereka. Ingat pesan beliau tentang
kewajipan menentang kemungkaran pemerintah melalui pilihan raya yang adil.
Ingat motivasi beliau bahawa dinegara yang demokrasi hidup , pilihan raya pula
adil dan bebas – sudah pasti kumpulan Islam menjadi pilihan dan akan berjaya. Alasan
beliau mudah – Islam adalah agama yang universal – menepati naluri manusia
sejagat. Islam pasti menang – syaratnya jadilah pendakwah yang bijak dan jangan
terperangkap dengan agenda musuh.Apabila pimpinan PAS arahkan ayuh turun padang
berjihad, terus mara kehadapan dan bertawakkal kepada Allah sahaja.Moga-moga
Putrajaya kembali menjadi milik rakyat.
Dr.
Hj. Khairuddin Bin Dato’ Abd. Malik
Yang Dipertua PAS Kawasan Tambun / Setiausaha Pakatan
Rakyat Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan