Beberapa episod ledakan isu isu yang sengja diexploitasi media fasik UMNO seperti Utusan Malaysia (lebih wajar ditukar nama kepada utusan UMNO),menjadi bukti betapa dalam masa terdekat menjelang pilihanraya ini setiap pihak utamanya pemimpin pemimpin utama PR baik diperingkat nasional ataupun negeri wajib menjaga mulut.Mudah sahaja ikut pesanan Rasulullah: jika tiada perkara hasanah yang nak diucapkan lebih baik diam sahaja! Bukan sahaja di Malaysia bahkan di Amerika, calun presiden Amerika dari Republikan Mitt Romney telah hilang banyak sokongan hanya kerana tersilap membuat kenyataan.Contohnya apabila timbul isu Palestin, Romney secara melulu menuduh Palestin sebagai bangsa yang enggan berdamai dan Amerika sepatutnya jangan buang masa. Rakyat buat kesimpulan bahawa Romney seorang yang cepat putus asa dan tidak memahami isu-isu dasar luar Amerika..dan tidak layak untuk menjadi presiden Amerika..Menjelang PRU 13, rakyat dah tahu kebusukan UMNO dan selera rakyat nak tukar kerajaan begitu berkobar-kobar.Jangan mengalih persepsi rakyat dengan kenyataan2 yang menjerat diri sendiri.Pekerja parti tentu kecewa, kerja kuat2 nak tarik sokongan pengundi tetapi sekelip mata sokongan merosot kerana pemimpin buat kenyataan gelojoh tanpa guna akal yang cerdik. JAGA MULUT DAN JANGAN GATAL>>BAIK MULUT ATAUPUN BAWAH PERUT...InsyaAllah PR akan berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan