sekadar renungan bersama..

Khamis, 7 Mei 2009

UMNO bergayut kuasa kepada polis!!

1.Rakyat Ipoh mengalami kesesakan lalu lintas yang tidak pernah dialami sebelum ini.Banyak jalan ditutup untuk menghalang rakyat daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).Saya sendiri terpaksa berjalan kaki 2 kilometer dan menyeberangi sungai untuk sampai ke kawasan Medan Istana yang terletak kira-kira 500 meter daripada pintu utama Kompleks DUN.Ramainya Polis untuk selamatkan UMNO/BNPolis bersurai setelah 'mission' berjaya

2.Sesampai di sana ada kira-kira 200 orang awam , 100 orang wartawan dan lebih kurang 400 orang polis di Kawasan Pintu Utama.Kira-kira jam 8.10 pagi tangkapan pertama orang awam berlaku.Dalam masa 10 minit sahaja kira-kira 8 orang ditangkap.Seorang pegawai polis kedengaran menjerit-jerit sambil mengatakan ''TANGKAP SEMUA 2X , MAHKAMAH DAH BAGI KITA WARAN , PASUKAN BERKAS TANGKAP 3X!!!!!"

3.Orang-orang awam yang ditangkap hanya berdiri meninjau tanpa berbuat apa-apa.'Kesalahan mereka adalah kerana memakai baju hitam dan memegang potrait YANG DIPERTUAN AGONG'.Yang sedang minum sarapan pun ditangkap.Bukan ada demontrasi.

4.Dalam minggu ini sahaja 2 orang mangsa ragut mati di Johor dan di Kelantan.Kedua-duanya pula sedang mengandung.Kesian , polis tak dapat berbuat apa-apa.Peragut berleluasa , perempit pun bermaharajalela , penjenayah bebas MERDEKA.Sebabnya polis tidak mempunyai prioriti (aulawiyat) yang betul.Kalau insiden politik walaupun ceramah aman boleh hantar berpuluh-puluh orang polis.Hari ini saja lebih 2 ribu orang polis bertugas di seluruh Ipoh.Dalam bangunan SUK saja tak kurang dari 200 orang SB berpakaian awam bertugas.Mengapa tidak mempunyai ketegasan yang sama bagi membenteras penjenayah.
5.Dalam DUN hari ini polis telah dijemput menceroboh oleh Dr.Zambry dan konco-konconya hanya untuk mengheret Speaker V.Sivakumar mengosongkan kerusi Speaker yang dirampas Speaker haram UMNO/BN.Polis juga mengkasari 7 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk yang OKU , YB dari Aulong.Ada yang dipijak perut dan direntap dada.

6.Jelas terbukti kuasa yang ada pada UMNO/BN sangat lemah dan diakhir hayat.Talian hayat yang ada disalah gunakan sepenuhnya.POLIS , TV3 , SPR dan SPRM bila-bila saja bersedia menyelamatkan UMNO/BN.Begitupun masih kalah dalam siri-siri Pilihan Raya Kecil.Kalau di Perak satu lagi badut UMNO/BN adalah SS Perak.


Hari ini SS terkedu apabila cuba manghalang Dato' Seri Nizar mengiringi Tuanku Raja Muda ke dalam lif untuk berangkat balik.
Sebaliknya Raja Muda mempelawa Nizar bersama ke dalam lif hingga ke kenderaan rasmi Raja Muda.

7 ulasan:

  1. Adakah umno berpuas-hati mendapatkan kerajaan cara sebegini??..umno hanya syok sendiri..menggunakan jentera suk dan polis..utk menakutkan rakyat,utk terus berkuasa..apakah rakyat akan berdiam diri?? rakyat akan menghukum umno bn selepas ini..

    BalasPadam
  2. apabila undang2 rimba dilaksana
    demokrasi hanya tinggal nama..

    BalasPadam
  3. Taklamalagi AMNO tu,tu kan cara org buang tabiat.

    BalasPadam
  4. Kamu yeop suka buat kecoh.Apa pasal orang mesyuarat kamu hendak berkumpul pakai baju hitam konon.Negeri lain tak buat pun. aman saja apabila persidangan dewan diadakan.Kenapa terdesak sangat nak dikembalikan kuasa.Bila polis ambil tindakan kamu tuduh zalim,demokrasi dah runtuh umno terdesak dan macam-macam lagi.Kenapa tak lihat persidangan dari awal lagi kenapa hanya nampak sivakumar diangkat keluar mengapa tak lihat gelagat kurang ajar adun PR yang hilang sopan walaupun Raja Nazrin ada.Kesimpulannya kamu yang suka buat kecoh.

    BalasPadam
  5. siapa kata x tgk dari awal??
    spe yg buat kecoh??
    polis pijak perut adun teluk intan??apa kes?
    pangkat adun titi serong di koyak??apa kes?
    baju adun2 di carik dan ada yg koyak??apa kes?
    kesimpulannya antan besi la yg bodoh dan kecoh!

    BalasPadam
  6. undang-undang bab mana pakai bila speaker angkat sumpah depan timbalan speakar. sultan perak nak letak kat mana?.timbalan speaker telah menghina sultan perak kerana berlakon sultan

    BalasPadam
  7. sidang dirasmikan pada petang oleh raja nazrin. bolehkah keputusan lantikan speaker dikira sah jika sidang belum dirasmikan? sapa nak jawab ni.

    BalasPadam