sekadar renungan bersama..

Jumaat, 26 Jun 2009

Alahai sayangnya UMNO pada Islam !

1. Sejak kontrovesi isu kerajaan perpaduan timbul , semua pihak terpanggil menggunakan hujjah agama dalam mempertahankan pandangan masing - masing.Prof. Zainal Kling tergamak menyatakan Tok Guru Nik Aziz bersikap munafik.Dr. Asri bekas mufti Perlis mendakwa orang yang enggan menyambut usaha perpaduan UMNO - PAS sebagai menolak hujjah al - Quran.

2.Banyak lagi kenyataan semaksud begitu.Oh ! hebatnya orang Melayu.Al - Quran jadi pegangan.UMNO apatah lagi.Mudah mereka menuduh orang - orang tertentu dalam PAS dengan label - label yang tidak mengikut kaedah tradisi Ulama' - Ulama' muktabar.Di satu pihak pegang al - Quran tetapi dalam banyak hal lain , tolak Quran.

3.Penyakit terima al - Quran separuh & tolak separuh yang lain belum juga selesai.Puak-puak seperti Dr. Zainal Kling akan sepi membisu jika UMNO terlibat melanggar amalan-amalan Islam.

4.Tentang perpaduan nak ikut al – Quran.Tentang rasuah , kronisma dan rampas kuasa di Perak ikut kitab Machiavelli.

5.Tentang nak selamatkan kuasa melayu teringatkan Islam tetapi tentang hancurnya generasi melayu oleh dadah , hiburan gila , Zina etc (yang secara tidak langsung ditaja oleh UMNO dengan dasar - dasar pergaulan bebas , tolak hudud , program RTM/TV3 ) tak nak ikut resepi islam.Buktinya ada seratus ribu lebih anak-anak luar nikah MELAYU sebagai testimoni kegagalan UMNO yang enggan melaksanakan undang-undang jenayah Islam.

6.Bila nak majukan orang melayu dengan program ekonomi UMNO boleh ikut Islam tetapi bila nak bagi keadilan kepada semua rakyat yang berhak (tanpa kira agama/bangsa)tiba-tiba UMNO pilih formula Abu Lahab.Abu Lahab adalah bapa Assobiyah Arab dan UMNO masih mendakap erat fahaman Assobiyah Melayu.

7.Berkaitan isu Perak,dalam hal mentaati raja , UMNO mengajak ikut Islam(PAS tak pernah nafikan)tetapi dalam hal menghina, mengugut dan memaki raja bila kepentingan UMNO tergugat,tak tahu UMNO ikut ajaran siapa.Perbuatan UMNO culik wakil rakyat,ugut dengan tuduhan rasuah dan seks , lepas tu bawa badut-badut mengadap Sultan Perak dan tubuhkan kerajaan haram bukan saja menipu Sultan tetapi juga pengkhianatan yang paling keji kepada Islam.

8.Kenapa saya katakan begitu ? Imej Islam tercalar teruk oleh UMNO.Bagi orang-orang bukan Islam mereka mengharapkan orang-orang melayu mencontohkan ciri-ciri hidup Islam yang mulia tetapi UMNO merogol nilai-nilai murni Islam.Orang-orang MCA / DAP / MIC / Gerakan / PPP , bahkan parti orang Dayak pun tak halalkan seks dan rasuah tetapi UMNO halalkan demi kuasa.

9.Sangat benarlah kata-kata bijak pandai , kejatuhan UMNO tidak ada kaitan dengan maju atau mundur orang Melayu.Tanpa UMNO orang Melayu akan lebih senang di fahamkan dengan Islam yang syumul dan lebih cepatlah orang-orang bukan Melayu mengenali Islam yang sebenar.

10.Jelas , Islam mesti menjadi penyuluh jalan orang Melayu yang gelap dan bengkang-bengkok menuju jalan Islam yang lurus dan terang-benderang.Perpaduan bukan perkara yang boleh di
dislogankan tetapi perpaduan adalah sesuatu nikmat dan keistimewaan yang Allah berikan apabila sesuatu kaum / bangsa itu memenuhi ciri-ciri yang layak diberikan Allah anugerah.

11.Bukan sahaja orang Melayu bahkan orang Cina atau sesiapa sahaja akan mempunyai tautan jiwa apabila berpayung kepada tali ikatan Islam dan menolak apa saja fahaman sesat.

12.Fahaman sesat jangan ditakrifkan secara sempit.Bukan ajaran AYAH PIN atau NABI PALSU saja yang sesat.Semua ajaran lain yang menyalahi Islam seperti – Assobiah Melayu , Sosialis , pluralisma agama , liberalism , hedonisme mahupun Machiavelisme.Yang terkini (Amalan lama tetapi mendapat nafas baru di bawah era Najib ) adalah BOMOHISME yang sangat popular di kalangan VIP-VIP UMNO.

13.Dengan Iman dan Taqwa secara automatik orang melayu dan semua kaum di Malaysia akan bahagia mengecapi nikmat perpaduan di dalam negeri 'Baldotn Toyyibatun WaRobbun Rofur' yang kita idam-idamkan.

"NYAHKAN PARTI UMNO TETAPI DEKATI AHLI-AHLI UMNO"
'KERAJAAN PERPADUAN YANG SEBENAR ADALAH KERAJAAN YANG MENDOKONG PERLEMBAGAAN DAN MENGANGKAT IZZAH ISLAM'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan