sekadar renungan bersama..

Khamis, 11 Jun 2009

USUL TERGEMPAR MENUNTUT PENUBUHAN SATU SURUHANJAYA BEBAS DIRAJA BAGI MENYIASAT PENGAMBIL ALIHAN KERAJAAN PERAK YANG SAH OLEH BARISAN NASIONAL.

Bahawa muktamar PAS ke 55 yang bersidang pada hari 11-13 Jamadil Akhir 1431H bersamaan 5-7 jun 2009 yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam Selangor Darul Ehsan menggesa dan mendesak Kerajaan Malaysia supaya menubuhkan satu badan siasatan bebas Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat angkara jahat kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan pada 5/2/09. Siasatan tersebut perlulah mencari sebab dan cadangan-cadangan penyelesaian bagi menjawab perkara-perkara berikut :

i) Bagaimana sebuah Kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat dijatuhkan dan mengenalpasti aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan (jika ada) bagi menjatuhkan Kerajaan tersebut.

ii) Mengambil tindakan undang-undang bagi pihak-pihak yang dikenal pasti terlibat dengan aktiviti-aktiviti jenayah untuk menjatuhkkan Kerajaan tersebut.

iii) Mencadangkan tindakan-tindakan pembetulan bagi menghalang kejadian tersebut daripada diulang laku di mana-mana tempat atau negeri di Malaysia dimasa akan datang.


Suruhanjaya bebas Di Raja sangat perlu ditubuhkan kerana apa yang berlaku di Negeri Perak adalah tindakan-tindakan anti demokrasi yang sangat memudaratkan Negara Malaysia dan rakyat seluruhnya. Nama baik Negara tercemar, kegiatan-kegiatan ekonomi terjejas akibat hilang kepercayaan pelabur-pelabur dan keamanan / ketenteraman awam turut terjejas. Lebih memudaratkan lagi kehormatan institusi-institusi penting seperti polis, mahkamah dan Raja / Sultan juga terjejas. Tidak ada pihak yang beruntung dengan peristiwa malang tersebut kecuali penjenayah-penjenayah yang bertopengkan baju politik.

Perlembagaan Negara sebagai undang-undang tertinggi mestilah dijunjung dan undang-undang mestilah ditegakkan dengan adil tanpa memihak dan tanpa rasa takut (without fear or favour).

Pihak kami memohon supaya usul tergempar ini dibahaskan untuk diluluskan.



Dicadangkan oleh Di sokong oleh

PAS Kawasan Tambun Perak PAS Kawasan Shah Alam Selangor

Keputusan – Usul tergempar tersebut telah diluluskan dengan sebulat suara oleh para perwakilan Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam pada 7hb Jun 2009 setelah dibahaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan