1.Pas Perak pada hari ini mengadakan konvensyen kali ke - 14.Bertemakan "kecemerlangan dakwah teras kemenangan".Setelah peristiwa hitam 6/2 (Black Friday) , kelihatan kita kelihatan kehilangan / terlepas kemenangan /gagal mengekalkan mengekalkan kemenangan".Pada tahun ini kita bercakap pula tentang langkah-langkah strategik mencari kemenangan melalui dakwah.Benarkah kita sedang menanggung kekalahan ?
2.Tidak tepat untuk kita mendefinasikan kemenangan hanya dalam pengertian menjadi kerajaan ataupun menjadi pembangkang itu sebagai satu kekalahan.Mengambil kira indikator-indikator tambahan (nilai tambah dalam perjuangan kita) PAS Perak sebenarnya sudah jauh kehadapan dalam meraih sokongan rakyat , dalam meluaskan jaringan sokongan , dalam kemampuan pengurusan organisasi dan dalam menyedarkan rakyat tentang kesyumulan perjuangan kita.
3.Ramai orang berkata apa yang PAS Perak / Pakatan Rakyat Perak hadapi dalam 14 bulan yang lepas adalah pengalaman jihad , pengalaman dakwah , pengalaman tahalluf dan latihan / ujian kepimpinan yang tidak pernah dihadapi oleh mana - mana organisasi PAS di negeri - negeri lain.Pengalaman Perak membuka "FLOODGATE" kepada kesedaran politik baru di seluruh Malaysia - politik berperinsip , politik saling hormat - menghormati antara kaum , politik berdasarkan nilai - nilai tinggi agama.Politik samseng / assobiyah cap BN semakin tersisih dan dibenci oleh rakyat.Bukankah ini bukti kemenangan ?
4.Namun disebalik kejadian tersebut masih juga PAS Perak masih terbelenggu dengan psikologi "Kenapa orang Melayu lambat / sukar menerima dakwah PAS tetapi masa yang sama orang bukan melayu lebih terbuka memberikan sokongan kepada PAS".Apa yang tidak kena / dimana silap atau kekurangan gerakkerja kita ? Sepatutnya kemungkinan - kemungkinan berikut perlu difikirkan.
i) Dakwah kita hebat tetapi dakyah musuh (UMNO/BN) lebih hebat lagi.
atau ii) Dakwah kita hebat dari segi komitmen tetapi tumpul dari segi strateginya.
atau iii) Dakwah kita tidak pelbagai dan tidak kreatif / tidak 'customer design' / 'tailor made'.
atau iv) Dakwah kita tidak 'research based' / hujjah kita tidak 'factual'.
atau v) Dakwh kita 'outreach'nya tidak menyeluruh / menggunakan kaedah komunikasi yang tidak tepat.
atau vi) Dakwah kita sememangnya lemah dan sifatnya bermusim.
atau vii)Memang kita tidak berdakwah tetapi sekadar memainkan isu - isu politik yang dilontarkan kepada kita.
5.Tentu tidak mudah untuk mencari jawapan yang pasti.Mungkin faktornya pelbagai (multifactorial) dan bertindih (overlapped).Namun yang penting kita mesti mula memikir , merancang dan berani mencuba kaedah -kaedah , pendekatan - pendekatan baru yang tentunya mesti berlatar dan berdasar kepada ilmu , kajian - kajian dan pengalaman rakan - rakan gerakan Islam di dalam dan luar negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan