sekadar renungan bersama..

Jumaat, 19 Jun 2009

Usul Tubuh Suruhjanjaya Bebas DiRaja


SHAH ALAM, 7 Jun - Usul tergempar yang dibawa oleh PAS kawasan Tambun, Perak begitu menarik perhatian sidang muktamirin iaitu gesaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas DiRaja bagi menyiasat kes pemerkosaan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Desakan untuk menubuhkan suruhanjaya bebas ini bertujuan untuk mendedahkan kerja jahat dan keburukan UMNO dalam merompak dan merampas negeri Perak dari pimpinan Pakatan Rakyat.


PAS Kawasan Shah Alam yang diwakili oleh YB. Khalid Samad menyatakan sokongan penuh terhadap usul tergempar tersebut.

"Isu rampasan kuasa di Perak sepatutnya perlu disiasat dengan segera kerana ini merupakan isu yang lebih besar dari kes Dato' Seri Anwar Ibrahim dan VK Lingam yang mendapat perhatian SPRM di mana hanya dalam dua jam sahaja siasatan terhadap kes menumbuk DSAI dapat diselesaikan",

"Diharap dengan adanya siasatan ini dapat mengelakkan peristiwa rampasan kuasa berlaku lagi di negeri lain pada masa akan datang", kata beliau.


NOTA :


Diharapkan semua pihak yang komited dengan agenda 'amar makruf , nahi mungkar' akan menyambung usaha memperjuangkan supaya SuruhanJaya DiRaja tersebut dapat menjadi realiti.Ulama'-ulama' mesti tampil untuk memimpin desakan ini.Apalagi kemungkaran yang lebih besar daripada kerja jahat menjatuhkan kerajaan yang sah dengan menggunakan kaedah-kaedah perangkap SEX dan RASUAH.Doakan juga supaya akhirnya semua perancang dan pelakon-pelakon utama skandal Perak akan didedahkan.Janganlah sempitkan pengertian mungkar hanya kepada berzina,khalwat dan minum arak sahaja.Kita mesti turun keseluruh pelusuk negeri Perak bertemu rakyat dimana sahaja dan kemukakan kepada pak-pak haji dan tok-tok imam UMNO : ''Untuk apa Dato Najib 'culik' 2 orang wakil rakyat selama seminggu,kenapa SPRM terlibat mengangkut pelacur-pelacur siap dengan hotel dan cctv di Penang dan siapa yang membiayai penginapan 2 ADUN lompat di apartment mewah di KL selama berbulan-bulan?"

BERSUBAHAT DENGAN KEMUNGKARAN DALAM KEADAAN KITA MENGETAHUINYA ADALAH SATU DOSA
BAGAIMANA RASANYA MENJADI MB DALAM KEADAAN ZAMBRY MENYEDARI KEMUNGKARAN YANG MENYELUBUNGI KERAJAAN YANG BELIAU BENTUK
BAGAIMANA PULA GERAK HATI UNTUK TERUS SELESA MENJADI MUFTI KERAJAAN YANG DIBENTUK MELALUI PROSES MUNGKAR TANPA ADA KEKUATAN UNTUK MEMBERI NASIHAT
BERTINDAKLAH SEBELUM TERLAMBAT !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan