Kemungkaran sedang berleluasa. Tidak ada hari berlaku tanpa berita - berita rogol, bunuh dan culik. Kemungkaran berlaku oleh orang atasan, orang miskin, pegawai kerajaan dan rakyat biasa tidak kira umur atau jantina.
Di peringkat umur matang & di kalangan pemimpin.
- Rasuah wang, rasuah sex, menzalimi rakyat, berjudi, luluskan lesen judi dan melindungi Along dan lain-lain.
Di peringkat umur muda.
- Zinah, khalwat, minum arak, mengambil dan mengedar dadah, homosex, lesbian dan lain-lain.
Di peringkat umur remaja.
- Mat rempit, buli pelajar, tonton video lucah dan lain-lain.
Semua kemungkaran tersebut berlaku dengan mudah kerana sistem yang rosak. Kerosakan sistem dan nilai berlaku kerana dasar pemerintahan yang tidak Islamik. Pemerintahan rosak kerana pemimpin yang di amanahkan jahil agama atau memang anti kepada dasar - dasar Islam walaupun mereka orang Melayu Islam. Lebih teruk lagi jika pemimpin-pemipin politik mendapat kuasa melalui amalan - amalan mungkar seperti culik wakil - wakil rakyat dan ugutan sex serta rasuah. Pemerintahan mungkar wujud daripada kaedah yang mungkar. Orang Islam tidak pernah di ajar untuk mencuri dari orang kaya kerana nak bantu rakyat miskin. Orang Islam juga di larang mengambil hak milik orang bukan Islam kerana nak membantu orang Islam. Keadilan tidak boleh di tegakkan dengan jalan-jalan mungkar atau kezaliman. Untuk menjadi ibadah sesuatu kerja mesti menepati keadah Islam yang sangat murni -niat dan perlaksanaan mesti selari dengan syariah. Perjuangan melayu tidak menjadi ibadah jika Islam dipinggirkan.
Tujuan menghalalkan cara adalah satu’akidah baru’ yang sedang menyusuk masuk dalam minda orang - orang Islam khususnya pemimpin - pemimpin Assobiyah Melayu. Kita mesti bangun menentang kemungkaran jenama baru tersebut demi Izzah umat Islam di Malaysia.
“Sesungguhnya ada seorang hamba yang tidak menghadiri kemungkaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan