Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang terakhir untuk sessi selepas pilihanraya umum ke 12 telah berlangsung selama lima hari (17 Disember hingga 21 Disember 2012).Sidang tersebut telah mencetuskan banyak pertelingkahan antara wakil-wakil rakyat UMNO dan Pakatan Rakyat (PR).Bahkan kedua-dua pihak, Kerajaan Mahkamah Perak yang diketuai oleh Dr Zambry dan PR yang diketuai oleh Ir Nizar Jamaluddin telah membentangkan belanjawan masing-masing untuk membuktikan siapa yang lebih berwibawa mentadbir Perak.
Penulis sendiri terlibat dalam perbincangan persiapan belanjawan PR Perak yang mampu memberikan banyak manafaat kepada rakyat Perak.Belanjawan PR adalah seimbang manakala belanjawan UMNO kekal defisit.Mungkin ramai yang bertanya, realistikkah belanjawan PR Perak? Pokoknya ramai orang tidak mengetahui bahawa Perak adalah negeri yang sangat kaya jika kerajaannya lebih bijak, cekap dan bebas rasuah.Inilah kegagalan UMNO sejak zaman Ramli Ngah Talib hingga sekarang.
Kerajaan Perak melalui GLC-GLC miliknya pernah memiliki ratusan ribu ladang kelapa sawit, kilang simen dan keuntungan puluhan juta ringgit oleh Lembaga Air Perak (LAP). Kini sebahagian besar asset rakyat Perak tersebut telah tergadai kepada saudagar-saudagar kapitalis yang licik memanafaatkan kecuaian dan kedunguan pemimpin-pemimpin UMNO Perak.Antara lain hanya LAP dan Perbadanan Pertanian (PPNP) sahaja yang masih selamat dan mengisi dana negeri.
Apa puncanya? Jawapannya dapat dilihat dalam sidang DUN Perak baru-baru ini.Segala-galanya ada kaitan dengan amalan assobiyah UMNO yang sangat tebal.Sebab-sebab lain adalah pentadbiran mengutamakan kroni dan pembaziran sumber-sumber negeri.
Dalam sidang DUN baru-baru ini jelas didedahkan bagaimana kerajaan Dr Zambry terlibat dengan kronisma melampau.Ada tauke China yang dianugerahkan ratusan ekar tanah melalui tiga syarikat berbeda tetapi dimiliki orang yang sama.Pembantu khas MB pula dianugerahkan projek besar tanpa melalui tender terbuka.Seorang Ketua bahagian UMNO boleh mengisi pelbagai jawatan politik bergaji besar. Dialah setpol MB, dia juga jadi lembaga pengarah GLC.Maka kini dikalangan ahli-ahli UMNO timbul kebencian kepada kumpulan 4A dalam UMNO Perak yang banyak membolot apa sahaja peluang.
Ironinya seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian menemui penulis melaporkan betapa MB Perak dikelilingi oleh pengendali 'road block' yang meminta hingga puluhan ribu ringgit jika nakkan fail mereka sampai kemeja MB.Ada pemimpin kanan UMNO Perak yang 'mengarahkan' jabatan hutan supaya tukar kawasan blok balak yang kroni beliau dapat supaya diberi blok yang lebih lebat kandungan balaknya.
Namun apabila amalan-amalan buruk tersebut didedahkan kepada sidang DUN dan pengetahuan umum maka jalan selamat mereka adalah membuat tuduhan-tuduhan liar terhadap pemimpin-pemimpin PAS dan PR Perak.UMNO Perak sanggup memfitnah Tok Guru Nik Aziz memberikan rasuah kepada pemimpin DAP kerana memberi laluan supaya ADUN PAS Ir Nizar Jamaluddin dijadikan MB Perak selepas PRU 2008.
Sejarah tercatat dan semua sedia maklum bahawa pakatan parti-parti pembangkang di Perak telah mengadakan sidang akhbar seawal jam 5 pagi 09 March 2008 ( iaitu hanya selepas 5 jam keputuan pilihanraya diumumkan) untuk mengumumkan keputusan membentuk kerajaan PR di Perak dengan calon MB nya ADUN PAS Pasir Panjang, Ir Nizar.Perbincangan mencalonkan Ir Nizar berlaku antara jam 1 pagi hingga 3 pagi dikalangan PAS dan PKR tanpa melibatkan DAP pada awalnya kerana PAS dan PKR ketika itu tiada hubungan rasmi dengan DAP. Awal-awal lagi DAP menyedari keputusan memilih MB terserah kepada budi bicara Sultan yang akan memilih seorang Melayu beragama Islam.
Tanpa perlu memberi dan menerima rasuah DAP sudah akur mereka tidak mampu membuat apa-apa mengenai jawatan MB. Maka apa perlunya rasuah.Namun sejarah juga tercatat bagaimana Istana Perak telah mempamerkan kebijaksanaan untuk meminta profail lengkap bakal-bakal calon MB daripada DAP, PKR dan PAS. Akhirnya baginda Sultan memilih Ir Nizar Jamaluddin. Itu hakikat sejarah yang tak boleh dikelirukan.Kenapa isu perlantikan MB timbul selepas 5 tahun.Adakah UMNO mempertikaikan pilihan Sultan Perak yang mengikut undang-undang tubuh negeri Perak.
Namun dalam sidang DUN Perak baru-baru ini, UMNO yang bodoh tetap ingin mengajak rakyat supaya percaya kepada hujjah bodoh dan tololnya itu.Urusan pelaburan projek tanah 10,526 ekar tanah hakmilik Yayasan Islam Kelantan oleh syarikat Upaya Padu Plantatation pada 3 Mei 2006 dituduh sebagai bukti Tok Guru Nik Aziz memberi rasuah kepada pemimpin DAP Perak, Dato Ngeh Koo Ham. Pilihanraya pada 8 March 2008 sedangkan transaksi pelaburan adalah 2 tahun lebih awal.Dato Ngeh pula membeli sebahagian saham syarikat tersebut pada bulan April 2012.Beli saham pun tak salah kerana dia bukan lagi EXCO dan dilakukan melalui amalan perniagaan biasa secara telus.Dato Ngeh membeli saham syarikat swasta dan bukan mendapat tanah langsung daripada kerajaan Kelantan.
Soalnya adakah Tok Guru mempunyai keupayaan ilmu malaikat yang mengetahui dua tahun sebelum pilihanraya bahawa barisan pembangkang akan menumpaskan UMNO di Perak.Saya percaya jika Tok Guru sehebat itu, tentu Tok Guru akan mempastikan yang menang paling banyak kerusi di Perak adalah PAS dan bukan DAP! Hakikatnya Tok Guru adalah manusia biasa. Cuma simpati penulis kepada pemfitnah Tok Guru dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO Perak.Sangat besar dosa-dosa anda kerana seramai mana orang yang percaya fitnah tersebut, sebanyak itulah gunungan dosa-dosa anda.Akhirat menanti anda dan disana baik UMNO atau PAS hanyalah sekadar alat perjuangan, bukan matlamat.
Akhirnya apakah satu kesalahan bagi sesiapa melabur dalam hartanah di Kelantan.Apakah juga menjadi dosa untuk menjadi kaya?Untuk Dato Ngeh dan rakan-rakan Non Muslim ingin sya berikan suntikan dakwah Islam.Dalam Islam segala-galanya baik dan halal asalkan piawaiannya syariah.Manusia digalakkan menjadi kaya kerana Rasulullah SAW menyatakan beberapa kali kelebihan orang-orang kaya yang dermawan.Dalam sejarah panjang Islam ramai ikon-ikon yang kaya. Siapa Nabi Sulaiman? siapa Saidina Usman dan siapa Abdul Rahman Auf?.Mereka semua orang-orang kaya dan juga pemimpin-pemimpin dizaman mereka. Berdosakah kerana kaya?
Cuma dalam Islam kekayaan adalah anugerah Allah yang perlu dikongsi bersama rakyat miskin dan untuk membantu perjuangan menegakkan keadilan.Hanya UMNO yang tak suka orang lain kaya kerana bagi mereka hanya UMNO, MCA, MIC dan kroni sahaja yang boleh merampas khazanah negara ini
Tinggalkan UMNO dan mari bersama kebenaran Islam kerana rahmat Islam itu untuk semua..